Tuesday, March 9, 2010

Bagaimana Ia Bermula

Saya dah rasa semacam dengan diri saya, dah lama. Perasaan tu susah nak explain. Tapi kalau dilistkan perkara2 yang dialami oleh orang yang ada saka, hampir semua tu kena dengan diri saya.

Saya cuba menangkis tanggapan bahawa saya ni terkena benda2 makhluk halus ni. Pertamanya, sebab saya tak percaya. My MIL selalu cakap kat rumah dia (saya tinggal dengan mentua sebelum ni) ada jin la, pelesitlah tapi dalam hati saya kata "Merapu sungguh". Kedua, sebab saya tak berapa gemar sikit2 salahkan orang/benda lain. Padahal memang salah kita.

So selama beberapa lama saya cuba 'ubati' diri sendiri. Guna aura lah, jumpe kaunselor, psychiatrist, tapi semua pun takde kesan. Saya rahsiakan semuanya dari sesiapa, sebab saya sendiri pun tak tahu apa yang tak kena dengan diri saya.

Akhirnya Allah temukan saya dengan sahabat lama saya, Adawiyah. Memang agak ganjil, sebab selama ni saya tak pernah terserempak dengan Adawiyah yang saya panggil Adah (kawan2 lain memanggilnya Ada). Adah bertanyakan khabar saya, suami dan anak2. Masa tu saya tahu beliau dah bernikah tahun lepas.

Adah mengajak saya makan tengah hari bersamanya. Pelik juga sebab saya tak pernah makan bersama Adah.

Akhirnya saya menerima sebuah email dari Adah, yang menyatakan bahawa beliau adalah pengamal perawatan alternatif, khusus untuk makhluk halus, sihir, etc. Pada mulanya saya berniat untuk 'membersihkan' rumah dan ibu mentua saya, dari makhluk halus, etc. Tergerak pula hati saya untuk 'scan' keadaan diri saya. Adah memaklumkan bahawa ibu mentua dan diri saya mempunyai SAKA!

Saka adalah makhluk halus yang 'dibela' oleh nenek moyang untuk menjaga ladang, keluarga, etc. Disebabkan perjanjian dengan makhluk ni, ia akan terus diwarisi kepada anak cucu, melalui pertalian darah.

Lalu di satu hari kami makan tengah hari bersama, dan Adah menceritakan kesemuanya.. pengalamannya.. bagaimana perasaannya bila melihat saya, etc. (Adah rasa 'semacam' bila memandang saya).

Akhirnya saya mengambil keputusan (keputusan sendiri hingga ditegur oleh suami) untuk mengunjungi Adah pada hari Sabtu 6 Mac 2010, selepas selesai sesi fisioterapi anak saya di Gleaneagles. Adah tinggal di Wangsa Melawati, jadi ianya tak jauh.

Saya juga mengambil keputusan untuk mengajak ibu mentua atau adik ipar, kerana suami agak sibuk pada hari tersebut.

Jumaat sebelumnya, Adah membekalkan saya dengan air penawar batu, untuk saya gunakan sekiranya ada apa2. Contohnya sakit2 sendi, sakit kepala, etc.

No comments:

Post a Comment