Wednesday, March 10, 2010

Day 1 - Selepas Saka Dibuang

Antara perkara yang saya rasai pada hari pertama saka dibuang:

1. Tidak berasa gementar lagi bila berada di dapur.
Selama ni saya rasa amat gementar dan berdebar2 bila berada di dapur rumah mentua. Rasanya seperti ada mata yang memerhati dari luar tingkap, siling, dinding, etc. Dan bila saka dibuang, tiada lagi perasaan itu. Perasaan 'takut' tu tetap ada (sebab saya memang penakut) tapi debaran2 tu dah takde. Jantung saya berdetak seperti biasa.

2. Dapat menghidu masakan jiran sebelah.
Selama ini saya hanya mendengar ketung ketang jiran sebelah memasak makanan. Tapi kali ini dengan bau sekali. Sebelum ni tidak pernah saya tahu apa yang dimasaknya. Hari itu saya terbau gulai lemak, ikan goreng dan sebagainya.

Tuesday, March 9, 2010

6 Mac 2010 - Hari Pembuangan Saka

Adah memberitahu bahawa kami tak perlu ke rumahnya di Wangsa Melawati, kerana mereka akan ke Bandar Utama, jadi jumpa di bandar utama saja. Tapi akhirnya Adah akan datang ke rumah bersama suaminya.

Kami memutuskan untuk membuat pertemuan di rumah mentua saya di SD. Jam 3.00 petang, kami bertemu di Masjid Taqwa, dan Adah membuntuti kereta kami ke SD.

Di rumah mentua, suami Adah, Abg Nuar memberi sedikit sebanyak pengenalan tentang saka dan makhluk halus. Pada mulanya beliau cuma menyentuh tentang ibu mentua saya saja. Abg Nuar membuat demonstrasi untuk membuktikan Mak betul2 ada saka. Beliau memegang betis Mak, Mak terjerit kesakitan. Maknanya ada saka. Kemudian beliau 'membuang' saka tu dari badan Mak, dan memegang betis Mak sekali lagi. Mak kata "Wah, tak sakit!".

Kemudian saya dan suami mencuba. Memang terbukti!

Adah dan suaminya memberitahu, yang mereka hanya nak tolong bagitau yang kami semua ada saka. Nak buang kat mana tu terserah pada kami. Tapi memandangkan suami dah beli 10 biji limau nipis, lalu saya putuskan untuk buang saka saya di situ terus.

Maka dengan beberapa lafaz yang saya kena sebut, saka yang diwarisi turun temurun dari datuk nenek saya dah pun dikeluarkan.

Saya beritahu Mak dan Ayah kandung saya, kerana saka saya ni pun datang dari mereka. Mak dan Ayah bersetuju untuk buang saka juga, tapi mungkin di lain hari.

Bagaimana Ia Bermula

Saya dah rasa semacam dengan diri saya, dah lama. Perasaan tu susah nak explain. Tapi kalau dilistkan perkara2 yang dialami oleh orang yang ada saka, hampir semua tu kena dengan diri saya.

Saya cuba menangkis tanggapan bahawa saya ni terkena benda2 makhluk halus ni. Pertamanya, sebab saya tak percaya. My MIL selalu cakap kat rumah dia (saya tinggal dengan mentua sebelum ni) ada jin la, pelesitlah tapi dalam hati saya kata "Merapu sungguh". Kedua, sebab saya tak berapa gemar sikit2 salahkan orang/benda lain. Padahal memang salah kita.

So selama beberapa lama saya cuba 'ubati' diri sendiri. Guna aura lah, jumpe kaunselor, psychiatrist, tapi semua pun takde kesan. Saya rahsiakan semuanya dari sesiapa, sebab saya sendiri pun tak tahu apa yang tak kena dengan diri saya.

Akhirnya Allah temukan saya dengan sahabat lama saya, Adawiyah. Memang agak ganjil, sebab selama ni saya tak pernah terserempak dengan Adawiyah yang saya panggil Adah (kawan2 lain memanggilnya Ada). Adah bertanyakan khabar saya, suami dan anak2. Masa tu saya tahu beliau dah bernikah tahun lepas.

Adah mengajak saya makan tengah hari bersamanya. Pelik juga sebab saya tak pernah makan bersama Adah.

Akhirnya saya menerima sebuah email dari Adah, yang menyatakan bahawa beliau adalah pengamal perawatan alternatif, khusus untuk makhluk halus, sihir, etc. Pada mulanya saya berniat untuk 'membersihkan' rumah dan ibu mentua saya, dari makhluk halus, etc. Tergerak pula hati saya untuk 'scan' keadaan diri saya. Adah memaklumkan bahawa ibu mentua dan diri saya mempunyai SAKA!

Saka adalah makhluk halus yang 'dibela' oleh nenek moyang untuk menjaga ladang, keluarga, etc. Disebabkan perjanjian dengan makhluk ni, ia akan terus diwarisi kepada anak cucu, melalui pertalian darah.

Lalu di satu hari kami makan tengah hari bersama, dan Adah menceritakan kesemuanya.. pengalamannya.. bagaimana perasaannya bila melihat saya, etc. (Adah rasa 'semacam' bila memandang saya).

Akhirnya saya mengambil keputusan (keputusan sendiri hingga ditegur oleh suami) untuk mengunjungi Adah pada hari Sabtu 6 Mac 2010, selepas selesai sesi fisioterapi anak saya di Gleaneagles. Adah tinggal di Wangsa Melawati, jadi ianya tak jauh.

Saya juga mengambil keputusan untuk mengajak ibu mentua atau adik ipar, kerana suami agak sibuk pada hari tersebut.

Jumaat sebelumnya, Adah membekalkan saya dengan air penawar batu, untuk saya gunakan sekiranya ada apa2. Contohnya sakit2 sendi, sakit kepala, etc.

Pengenalan

Saya coretkan blog ini adalah sebagai pembacaan di masa hadapan, khas buat adik2 dan anakku, supaya pengalaman saya dapat dibaca dan diambil iktibar oleh mereka.

Saya adalah seorang manusia biasa, yang banyak melalukan dosa, etc. Blog ini saya tulis sebagai diari saya menjalani rawatan pemulihan dari makhluk halus yang dinamakan saka.