Tuesday, March 9, 2010

6 Mac 2010 - Hari Pembuangan Saka

Adah memberitahu bahawa kami tak perlu ke rumahnya di Wangsa Melawati, kerana mereka akan ke Bandar Utama, jadi jumpa di bandar utama saja. Tapi akhirnya Adah akan datang ke rumah bersama suaminya.

Kami memutuskan untuk membuat pertemuan di rumah mentua saya di SD. Jam 3.00 petang, kami bertemu di Masjid Taqwa, dan Adah membuntuti kereta kami ke SD.

Di rumah mentua, suami Adah, Abg Nuar memberi sedikit sebanyak pengenalan tentang saka dan makhluk halus. Pada mulanya beliau cuma menyentuh tentang ibu mentua saya saja. Abg Nuar membuat demonstrasi untuk membuktikan Mak betul2 ada saka. Beliau memegang betis Mak, Mak terjerit kesakitan. Maknanya ada saka. Kemudian beliau 'membuang' saka tu dari badan Mak, dan memegang betis Mak sekali lagi. Mak kata "Wah, tak sakit!".

Kemudian saya dan suami mencuba. Memang terbukti!

Adah dan suaminya memberitahu, yang mereka hanya nak tolong bagitau yang kami semua ada saka. Nak buang kat mana tu terserah pada kami. Tapi memandangkan suami dah beli 10 biji limau nipis, lalu saya putuskan untuk buang saka saya di situ terus.

Maka dengan beberapa lafaz yang saya kena sebut, saka yang diwarisi turun temurun dari datuk nenek saya dah pun dikeluarkan.

Saya beritahu Mak dan Ayah kandung saya, kerana saka saya ni pun datang dari mereka. Mak dan Ayah bersetuju untuk buang saka juga, tapi mungkin di lain hari.

No comments:

Post a Comment